Aug 18, 2011

Jom minum air!

yeay sekarang saya free :) so saya sangat teringin menulis tentang khasiat air... 
Air adalah sangat penting dalam kehidupan dan sesuai for me to say, “jika tiada air, maka tiadalah kehidupan”. some say, without air manusia hanya boleh bertahan hidup selama 9-10 hari..
untuk saya, minum air putih tu WAJIB setiap hari... (saya cuba dengan gigih), try not to drink less than 8 glass a day...  basically, lepas bagun tidur, lepas gosok gigi (3kali sehari), sebelum tidur and setiap kali solat (hah dah more than 8 glass), selari dengan pakar2 kesihatan yang mengatakan air sangat diperlukan tubuh dan sangat baik untuk kesihatan, tapii inget,,BUKAN AIR PUTIH SEJUK yyaa ..

kisahnye bermula, saya selalu sakit kepala :(
and I'm sure you peps pun sure pernah and selalu sakit kepala kan?? Apa penyebab kepala sakit kepala tuh ekh?? Selalunya bila orang tanya mesti kita jawab sbb stress kerana sakit kepala nih memang sinonim dgn stress. Kita stress dgn segala macam hal yang berlaku disekeliling kita. Tetapi tahukah kita bahawa ada penyebab lain yg menyumbang kepada sakit kepala nih?? Nak tau apa dia??

Sebenarnya sakit kepala juga terjadi disebabkan oleh kekurangan air dalam badan kita. Apabila tubuh kita kekurangan air, maka keseimbangan badan kita akan terganggu.Ia boleh menganggu fisiologi badan kita. Jadi kpd sesiapa yg tak suka minum air masak & kpd individu yg selalu mengalami sakit kepala, perbanyakkanlah meminum air masak. Ia baik utk kesihatan kita. Seelok-eloknya kita amalkan minum air masak sebelum masuk tidur pada waktu malam & sebaik shj bangun tidur pada waktu pagi untuk menyeimbangkan kembali tubuh kita.

so bila dgr je info ni, i quickly la change my water drink lifestyle heee... daripada seorang yang kurang minum air, jadi seorang yang kuat minum air (saya masih mencuba until now).. 
well, we should know, air sangat penting dalam kehidupan kite seharian.  According to this fact "your body is estimated to be about 60 to 70 percent water and blood is mostly water, and muscles, lungs, also brain all contain a lot of water"

so here ada  beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya.


1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).


2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.


3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.


4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.


5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.


6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.


7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.


8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.


9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.


10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”


so untuk memudahkan u all minum air, here saya ada good product for u ols :) hot items for sale

No comments:

Post a Comment